Dr-Moto FanClub
Pengenalan
Print this pageAdd to Favorite
PENDAFTARAN KEAHLIAN:
 
3 cara pendaftaran seperti yang berikut; (boleh pilih yang mana paling mudah):
 
Lengkapkan borang on-line   dan pendaftaran melalui pentadbir dr-moto.com
 

Pendaftaran ke Motospot memerlukan pendaftaran ke Dr-Moto FanClub dahulu.
 
  

Cetak borang,  lengkapkan dan hantar kepada wakil-wakil Dr-Moto atau hubungi Lando di 016-665 8552

English | Malay
Segalanya Untuk Dr-Moto FanClub
 
 
Kenapa ada Kelab  

Sebuah kelab adalah sekumpulan individu yang mempunyai minat/kegemaran yang sama. Dengan bersatu dalam satu kelab banyak perkara boleh dilakukan. Suara individu-individu yang bernaung dalam satu kelab akan kedengaran lebih jelas. Ini dapat memberi ‘kuasa’ meminta atau melakukan sesuatu. Jika anda hendak beriadah hujung minggu ke Cameron misalnya. Anda perlu membayar untuk penginapan dan membuat booking bersendirian. Tetapi jika kelab yang mengaturnya, kos penginapan mungkin lebih murah dan begitu juga perkara-perkara lain.

Antara lain adalah membantu dalam alat ganti, insuran, kemalangan, medical dan banyak lagi tetapi kejayaan sesebuah kelab bergantung kepada jumlah ahli dan kecimpungan ahli-ahli. Di UK misalnya ada kelab untuk sebuah jenama motosikal sudah berjalan hampir 100 tahun dan kuasa membeli mereka begitu kuat mereka dapat meyakinkan kilang membuat alat ganti untuk moto-moto mereka yang sudah lama tidak dikeluarkan.

Di Amerika banyak kelab mampu mengupah peguam untuk ahli-ahli bagi mengendalikan kes-kes kemalangan mereka baik dengan syarikat insuran ataupun pihak ketiga.

Kelab kita bagaimana?

Harapan kami adalah untuk mewujudkan sebuah kelab motosikal yang kuat yang mampu memberi kemudahan-kemudahan yang biasa diperlukan oleh penunggang di negara ini. Hala tuju kelab bergantung kepada ahli ahlinya dan keberkesanannya pula bergantung kepada jumlah ahli.  Kelab yang BESAR, lebih baik daripada kelab yang kecil, maka tak perlulah fikir banyak-banyak, jom daftar sekarang beramai-ramai. Corakkan kelab ini untuk kepentingan kita bersama.
 
Salam Sejahtera 1Malaysia!